Thursday, December 9, 2010

Fizik : Perempuan Dan Cinta

Sebagai seorang yang tengah belajar jurusan fizik.aku nk apply lah sedikit benda benda fizik nih dalam kehidupan. Kite kecilkan sket scope kehidupan tu kepada perempuan dan cinta.agar anak2 muda kat luar sana senang nk faham prinsip atau hukum hukum fizik nih. Cikgu tak nak cakap banyak. Jom kite belajar!

1.Hukum newton yang pertama (newton’s first law)

Fizik : sesuatu objek akan mengekalkan keadaan pegunnya jika tiada daya luar dikenakan.(inersia)

Perempuan dan Cinta : seorang perempuan biasanya mempunyai kesetiaan yang tinggi berbanding lelaki. Peratusan untuk menerima godaan daripada mana2 lelaki sangat lah tipis KECUALI  jika mana2  lelaki itu bermiripkan wajah2 seperti aaron aziz ke, shahir Af8 ke, or mana2 wajah yang menyejukkan jiwa dan raga.memang susah nak kekalkan keadaan yang dah pegun tu. Aihhh… p/s: tapi percaya lah wahai lelaki2 di luar sana kesetiaan wanita tiada tolok bandingan..bnda2 mcm tu datang kejap je*ee..cam geli plak ayat aku nih*


2.Hukum newton yang kedua (newton’s second law)

Fizik : kadar perubahan momentum adalah berkadar terus dengan daya paduan yang bertindak ke atas objek.

Perempuan dan cinta : ermm..ibaratkan  effort seorang lelaki ke atas seorang perempuan itu sebagai daya paduan yang bertindak ke atas objek. Lelaki lelaki yang bereffort tinggi terhadap perempuan ni adalah antara lelaki yang akan berjaya di kemudian hari.huhu..sebab seorang perempuan hanya akan menghargai sesuatu yang memang patut dihargai iaitu seorang lelaki yang sentiasa mencuba sedaya upaya dan juga peka terhadap perempuan yang dicintai. Effort tu bukan lah bermaksud menaburkan wang dan harta benda.”kalau u xbawak mini cooper I xnak naek”..”gucci or LV??” Dan jadah2 yang sewaktu dengannya…tapi menjurus kepada nilai kasih sayang dan perhatian. Sesungguhnya dapat disimpulkan di sini atau secara sains nye, hipotesis yang diperoleh adalah : semakin tinggi effort seorang lelaki,semakin tinggi kadar tindak balas seorang perempuan terhadap cinta suci lelaki itu. Berkadar terus. *ayat aku semakin menggelikan*


3. Hukum Newton yang ketiga (Newton’s third law)

Fizik : untuk setiap daya tindakan, terdapat satu daya tindak balas yang mempunyai magnitud sama dan bertindak pada arah yang bertentangan.

Perempuan dan cinta : pemikiran seorang lelaki sangat lah simple. Dan pemikiran seorang perempuan amatlah complicated. Berbeza kan? Macam langit dan bumi.eh,xnak lah guna peribahasa tu.mcm dah biasa sangat dah.errmm..ape eh?? Berbeza macam selipar crocs kt uptown dan selipar crocs kt butik crocs kat ikano(tempat  pilihan aku)..hahaha..bila seorang perempuan merajuk..semestinya mereka ingin rasa dipujuk. Buat ayat2 sakit hati a.k.a memberontak via sms sebab masa tu kalau nak on phone mmg tak lah kan.kang jadi benda lain plak..contohnya…ermm korang pikir lah sendiri.aku xde idea..*ngantok*. Pastu tenung screen handphone lama2. Si lelaki plak tengah bersenang lenang tengok man utd(aku pernah suka man utd) vs arsenal. Aduss..sakit hati sungguh.last2 kena lah pujuk diri sendiri. Sesungguhnya benda2 mcm ni (merajuk) bukan disengajakan.mesti ada sebab2 yang membuatkan seorang perempuan itu merajuk.salah satu sebab yang memang xdapat dielakkan tu bila tiba sahaja minggu sensitif seorang perempuan yakni bile bulan sudah tiba.huhu..p/s: doctor pesan.tolong tandakan period cycle korang. PENTING! Dan mungkin jugak disebabkan seorang perempuan itu hendak menguji hati dan cinta sebenar seorang lelaki terhadap mereka.lelaki pulak fikir..'ish! mcm tu pon nak merajuk!'..aih..sorang positive.sorang negative..renung2 kan lah…


4. Hukum Archimedes

Fizik : daya tujah ke atas yang dialami oleh sesuatu jasad yang direndam sepenuhnya atau separa adalah bersamaan dengan berat cecair yang tersesar.

Perempuan dan cinta :  ermm..benda nih macam sukar sket untuk diterangkan.tapi aku cuba lah kupaskan mengikut cara tersendiri.ermm………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
aku tak leh nk terangkan .tunggu post yang seterusnya. Nk g jumpe cikgu sharulazwar (cikgu fizik masa form 4)  p/s :sape2 blh isikan tempat kosong?


5. Hukum Bernoulli

Fizik : menyatakan bahawa dalam suatu sistem pengaliran bendalir yang mantap, tekanan bendalir menjadi rendah apabila laju pengaliran bendalir bertambah dan sebaliknya.

Perempuan dan cinta : seseorang perempuan hanya lah menginginkan lelaki yang mmg ikhlas. Dan yang pasti lelaki itu haruslah tidak di tahap BANGANG yang tinggi.Asyik2 nak hilang je. Lelaki yang sentiasa ada bilamasa seorang perempuan dilanda kemurungan (keadaan yang sangat tertekan) . Lelaki yang memang laju je bertindak dalam ape jua keadaan yang melanda seorang perempuan. InsyaALLAH  tekanan yang dihadapi itu akan berkurang.huhuhu..ntah pape pulak penerangan yang nih.



So..macam ni je lah..idea yang dapat dikupaskan dalam kepala otak aku pagi2 nih. Dengan berbekalkan breakfast yang hanya corn biscuit tanpa mana2 air dan sambil layan lagu abg pejal(faizal tahir) favo aku. Kalau ade mana2 yang salah tu tlg jangan coment kat sini. Ambik no phone aku 01********. Msg je.

p/s : tak sabar nak beli tee superman mcm abg pejal! 



sampai mati budak nih belajar...sian.. p/s : die bukan mati dihempap buah apple.



3 comments:

  1. anda mmg bijak... akoo bg mu msk dean list sem ni.. hahah~

    ReplyDelete
  2. mmg terbaik lah post kau. Relate fizik, perempuan & cinta kot. Gila einstein anjung kau! HAHA.

    ReplyDelete