Sunday, April 10, 2011

JUNiON (budak June)


Boleh percaya ke? Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah ialah seorang yang aku sangat kagumi dan hormati. Keratan di atas hanyalah carian google aku di malam hari yang membosankan ni. Jadi sahih ke tak tu aku pun tak tahu, sebab sekarang ni banyak je orang yang buat benda2 macam ni then main tulis je nama2 pakar2 yang berkenaan. Lantak lah ape pon sebab bukan tu yang aku nak ketengahkan kt sini. Ehem2x! rasa cam mengantuk lah plak. Nasib baik ada cerita hantu kat TV nih. boleh jugak buat2 terkejut gedik! cite hantu sekarang nih dah semakin real ditambahkan dengan bunyi bunyian yang agak menyeramkan *mengikut kawan aku lah, pasal aku dah tutup telinga mata awal2 lagi* huh! tak mencabar langsung. Ok2, Setelah baca stock2 perangai manusia yang lahir pada bulan June di atas, ada lah jugak tepatnya dengan aku yang telah 21 tahun 9  bulan selamat dilahirkan oleh ibunda tercinta pada 3Jun1989. kupasan ini takde kena mengena dengan ape2 pon, hanya sekadar ingin mengisi ruang blog ni je or mungkin juga boleh dikatakan sesi mengenali diri sendiri.

1. Berfikiran jauh dan berwawasan. 
mak aku bagi duit untuk hari ni. boleh aku fikir nak beli benda yang dua tahun lagi aku nak guna. boleh kira jauh gak lah pemikiran aku. Dan aku memang ada wawasan untuk memiliki mazda cx7  sebelum umur mencecah 35 tahun.hehehe. amin~

2. Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
ermm..sebenarnya aku suka mitsubishi lancer jugak. kaler putih.bmw 525i pun lawa jugak..urmm?? nampak tak baru je berwawasan nak mazda cx7. dah tukar lah plak. dalam masa tak sampai seminit pon boleh tukar.

3. Idea yang terlalu banyak di kepala.
boleh tahan lah jugak. kalau bukan bab sains atau matematik. memang banyak idea aku. sekarang nih pun aku ada satu idea nak melahirkan sebuah cerita hantu seram yang mengisahkan tentang budak2 sekolah yang pakai baju putih kain kaler biru. aku dah teliti dah lokasi penggambaran, senarai pelakon2 termasuk hantu2 pon dah susun dah (roomate aku, nadia antara yang ada watak) , script tinggal ending je lagi sikit, sama ada nak buat member kamcing hero ke heroin yang mati, OST pon dah siap dah, apa lagi eh? hero nak pakai ringtone ape pon dah ada dah..tinggal nak gi present kat KRU studio je nih.hahahaha

4. Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
a.k.a suka menangguh-nangguh. Memang allergy untuk buat kerja dengan segera. Kalau boleh semua benda kena last minute. Orang kata kalau buat kerja last minute nih jadi, macam mana tak jadinya. jadi tak jadi memang kena assume jadi lah kan.dah kata last minute. Kira nih adalah antara fakta yang kena menipu kalau menghadiri mana2 interview.hehe

5. Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
Ya ALLAH! kalau bab2 nih memang terok. kalau boleh semuanya nak perfect. Even pakaian tido. kalau seluar ngn baju tak match yakni warna seluar takde walaupon sikit sama ngn kaler baju tu makanya tak leh lah tido dengan lena malam tu. boleh jadi NIGHTMARE jugak! Satu lagi! kalau boleh selagi tak jumpe johnny depp malaysia maksudnya selagi tu lah akan single. sampai bila tu agak2? hish tahyul betol! sebab tu lah sampai sekarang takde bf lagi.hahahaha

6. Cepat marah & cepat sejuk.
Takde lah panas baran sangat. Tapi memang susah nak kawal rasa kemarahan. Kadang2 kalau orang terlanggar bahu pun boleh menimbulkan kemarahan. Tapi lepas pekena COKE vanilla ok ah. dah takde marah dah. senyum sket :) hee~

7. Suka buat lawak & bergurau.
Antara side effect tengok maharajalawak sampai beratus2 ribu kali. Tapi diorang memang bangang! hahaha. Orang kata. eh, tak habis2 dengan orang kata. ye lah takkan nak cakap kucing kata. cam tak kena pon ada.Kalau tak buat lawak nanti hidup sunyi. nasib baik aku pun kawan dengan mereka yang mempunyai paras lawak yang agak memberangsangkan. Takde lah rasa boring sangat. nak2 time makan. Dah lah makanan tak berapa nak sedap sangat, mahal pulak tu, waiter plak asyik2 datang tanya nak tambah ke bagai jadah2 lain? IShh! Stress!

8. Otaknya memang cerdas berangan-angan.
Haa! ni kira antara benda yang terror diaplikasikan dalam kehidupan. Kat mana2 pon boleh berangan. asal letak je mp3 kat telinga. Jalan cerita berderet datang dalam kepala otak. Hero tak yah nak cakap ah. memang handsome habis, kalau tak johnny depp, vin diesel. fahrin ahmad pun k gak. Nak2 time prof tgh mengajar kat depan, aduih..time2 tu otak boleh terbang sampai korea, tanpa kena booking tiket murah ngn airsia, check-in, nak tunjuk2 passport bagai tak payah. memang dari dewan kuliah terus sampai. siap boleh mendarat ke lokasi penggambaran terus plak tu. malampau2 dah ;)

9. Cepat rasa bosan.
Antara sikap yang tak best. Kalau hari nih boleh minat Torres kaw2! esok boleh plak tukar minat kat Ronaldo! huhuhu. kira kalau piala dunia menjelma agak pening jugak lah nak sokong sape, nk kena beli jersey mana, nak kena gaduh ngn team mana, nak tengok match mana. Malam nih boleh ye2 je sokong German, sampai nak gaduh2 ngn orang sebelah, malam esok German vs Argentina, awal2 lagi status kat fb "ARGENTINA WILL WIN" nak2 bila usha dalam youtube tahu plak team German kerek semacam je. *aku rasa kena aku ngn bebudak German nih*

10. Kedegilan yang tidak terkawal.
Ni memang diakui oleh mak aku. Sebab aku memang takde sense geli.hahahaha. Kira kalau sape2 nak geletek kaki tu memang tak kentar langsung ah. Mak aku cakap orang takde sense geli nih degil. Memang betol lah teori mak aku tu. Kalau aku nak buat ape2 pon aku buat je, kadang2 tanpa memikrkan effect2 yang berlaku selepas itu. *pembawakan ayah nih* Tapi setakat nih takat kedegilan masih lagi di paras terkawal lah kot. Kalau mak aku cakap "Amanda! jangan gi lah concert MGMT tu. mak tengok videoclip dorang macam tak senonoh je" dan aku pon tak pergilah. *padahal xde ticket free* huhuhu.

Dah lah. malas dah nak menaip. sampai sini ja! ;)




1 comment:

  1. mengikut firasat aku, tarikh lahir kau ni sesuai dengan lagu awan nano. muahaha!

    ReplyDelete