Sunday, April 10, 2011

Si Gajah


Si Gajah ialah seekor makhluk yang terdapat dalam bilik aku. Selain daripada menyimpan baju2 kotor yang akan di laundy, ia juga berperanan sebagai pengawal a.k.a security guard gitar aku. Gitar aku takde nama. nama die memang gitar, kira nama general lah. "weh! bak sini gitar aku." memang itu lah panggilan dia. Sejarah tentang gitar ni, tak banyak sangat, aku pernah lah meriba dia dari KL ke ipoh, memapah dia setiap kali nak balik subang,kira mak aku telah memberi kepercayaan kepada dia untuk menjaga aku semasa menaiki ktm.huhuhu~  Ayah aku bagi 2tahun lepas. Mak aku cakap masa belajar mana sempat nak main gitar, ayah aku tolong back-up bagi pihak aku "budak sekarang belajar ikut youtube. senang.." hehe~ suka ayah aku part nih! Lagu first yang aku nak main dulu lagu lagu Taylor swift- I'd Lie- aku suka lyric lagu tu. Takde lah terror sangat tapi setakat nak memenuhi masa lapang kawan2 aku yang suka melalak tu. boleh laa..
Cerita si gajah ni pulak. Aunty aku bagi masa mula2 nak masuk university dulu. Kira dah hampir 3 tahun dia bersama aku. Dah tiga kali tukar bilik, dia ikut je. Kaler dia memang biru daripada dulu lagi. Aku tak pernah terfikir nak spray kaler lain ke hape. Telinga besar dan gading memang ada dua. 

1 comment: