Monday, December 20, 2010

kasanova




sambil dengar lagu kasanova di atas. aku menulis benda di bawah:



We’re done here!
Hancur hati. Berderai..

Balik rumah. Meraung sampai tak ingat dunia. Adoi. First time rasa putus cinta. Tapi cinta ke? Ermm.. mengikut kamus hidup aku. Lelaki ini yang pertama membuat aku rasa cinta. Tapi tak pernah ada rasa sayang. Kenapa? Kerana aku tak pernah nak percayakan dia. Even dia cakap tengah makan nasi. Aku boleh fikir. “adakah dia memang benar-benar sedang menguyah beras yang dah dimasak?” hahahaha. Eh, aku gelak? Tak guna untuk kita bersedih mengenang kedukaan lama kn? Jadikan benda itu sebahagian daripada jenaka yang telah berlaku dalam hidup kita. Kisah ini sebenarnya bermula dengan satu jalan cerita yang sangat menarik. Cerita si gadis yang suka mengatur satu janji temu  yang buta ataupun lebih senang dikenali sebagai “blind date”. Kawan aku cakap ‘kalau kau keluar dengan mamat nih, aku tanggung makan minum kau selama seminggu berturut-turut. Menu mengikut selera di dada. Ok fine! Ditambah dengan dorongan daripada kawan aku yang agak menarik itu tadi, aku memang tak teragak agak untuk mengatur satu janji temu yang buta dengan sorang jejaka itu. Yang pasti dia tak buta. Antara physical properties si jejaka  yang aku sempat ingat:

Rambut : panjang sket.tak ikal mayang pon, a bit brown sket kot. Ntah aku pun tak ingat   sangat.

Kulit muka : fair and lovely. *aku tak tahu dia pakai pencuci muka ape

Tinggi : lebih kurang 17++ kot. Aku main agak je. Tapi blh dikatakan golongan yang tinggi jugak lah.

Berat : tak tahu. Aku tak pernah cuba dan terlintas pun nak timbang dia. Hahahaha

Hidung : hidung idaman gadis Malaya. Yakni hidung yang bermula dari paras dahi.

                Itu je lah kot yang aku dapat ingat. Kisah ini dah lama dah berlaku. Ingat-ingat lupa dah. Sekadar nak memenuhkan isi kandungan blog aku. Ok ok. Sambong balik pada tajuk asal.  Masuk kepada kronologi perhubungan. Antara step-step nya seperti berikut:

1st step : usha2  phone number. Ok.cantik! both maxis! (no lama)

2nd step : message sending.Yang pertama. Hi! J disertakan juga dengan emoticon yang canggih-canggih.Respon yang diberikan sangat baik. 3 petak maju ke depan.

3rd step : mesej masuk dengan sangat bertubi-tubi. Part nih memang gembira habis.

4th step : panggilan yang pertama. Eee.. yang pasti aku tak jawab. Kenape? Sebab aku seorang yang pemalu..wahh.hahaha. kita tunggu panggilan yang seterusnya.

5th step : tidak sampai setengah jam selepas panggilan pertama,. Panggilan kedua. Berborak sampai panas telinga, rambut dan kuku jari tangan.

6th step : ice breaking. Nama penuh. Tempat tinggal. Course ape?. Tarikh keluar ke muka bumi dan soalan-soalan yang biasa ditanya dalam buku biodata yang ada kartun-kartun tu sehingga lah kepada moto dan tujuan hidup.

7th step : blind date. Jeng.jeng.jeng.

Yeah! Sampai lah kita kepada tujuan yang sebenar iaitu The Blind Date. Huhuhu. Excited jugak. Tapi date nih tak de lah buta sepenuhnya.because aku memang dah kenal mamat nih. Dia je yang tak kenal aku. Hehe..kira buta sebelah je lah. Ok. Dah set baik punye setting. Semestinya aku set kan satu tempat yang memudahkan aku yakni tidak lebih daripada 10km dari kediaman.

The Blind Date.

Berjalan dengan lancar. Muka dia agak terpegun masa jumpa. Sebab dia cakap dia perasan aku (dalam hati aku ada bunga chrysanthemum tea YEOS). Memperjelaskan status masing masing dengan lebih jelas sejelas-jelasnya. Ok SET! Both single! Hahahaha. Pertemuan ini membawa kepada pertemuan yang kedua dan seterusnya. Hahaha. Indah jugak seakan berpacaran. Wahh!

Sebuah perkenalan yang singkat. Niat asal aku hanya ingin menambahkan kenalan di samping mahu memenangi voucher makan percuma seminggu tu macam dah bertukar. Jeng jeng jeng. Tiba-tiba satu rasa lain plak muncul. Cinta! Wahhh..indah tidak terperi katenya. Hahahaha. Hampir 4 bulan jugak lah aku merasai keindahan tu. Ceewah. Nk muntah plak rasa.

Dari keindahan yang memancar mancar tu sehingga lah kepada kegelapan  yang hitam legap. Dunia bagaikan terhenti! Full stop. Aku rasa putus cinta! Cinta! Cinta! Cinta! Cinta!

Btw, Sampai sekarang ni aku masih bertanya kepada diri aku. ‘adakah aku sebenarnya bercinta?’ beriya2 je aku rasa cm putus cinta. Tarikh declare pun takde. Bangang jugak aku nih! Hahaha.

Itu lah sedikit sebanyak cerita yang agak sahih tapi mungkin tidaklah lengkap 100%. Sebab kisah ni dah lama berlalu. Aku nih pun bukan nye stock KINGSTON 8GB. Yang boleh simpan data banyak banyak. Oppss! Scan dulu sebelum guna! Nnti berjangkit virus penyakit macam thumb drive aku selalu buat kat laptop kawan-kawan aku. Bikin panas je~

p/s : cerita di atas adalah sekadar untuk menghilangkan rasa boring salah seorang daripada kawan aku yang dah dekat 3jam dah tak buat ape2. So.baca lah benda nih. Terisi jugak masa ko :)

p/s : yang aku bold and kaler2 tu pon sekadar nak menceriakan cerita. takde kena mengena dengan yang tengah makan atau minum. :)

 *dengar lagu sambil baca*

1 comment:

  1. Gile gua dah follow lu, der. Gilaaaaa lah. Pejam celik pejam celik wa bace lu punye post nih. Gile kentang lah! ;) Suka2.

    ReplyDelete