Wednesday, December 22, 2010

Mrs.Amanda Casablancas

cerita bini julian casablancas

Tinggi sangat ke cita-cita aku tu? Alah..tak salah untuk kita berimaginasi dengan sesuatu ciptaan yang indah di saat tahap keboringan menjenguk kita dengan sangat melampau. Ermm.. bini kepada Julian casablancas (The Strokes) dan menjadi menantu kesayangan kepada John Casablancas. Aduih! Perfect sungguh cita-cita aku di petang hari ditemani teh o panas di sisi lappy dan ibunda yang kusyuk tengah maen game hidden object nih.uh. favorite die tuh. Jangan sape ganggu!

kira ni macam kad kawin lah eh ;b


Bila aku dilamar oleh Julian casablancas a.k.a abang jules  hari tu..aku rasa tak percaya. Betol ke?? Bila die melutut di depan aku sambil memegang cincin di tangan.oh! sungguh  cliché perilaku itu, menyebabkan aku dah boleh mengagak dah apa perkataan yang akan terkeluar daripada bibir mulus abang jules ..’My Dear Amanda, will you be my bini eh2 wife?’ . kadang2 abg jules pon blh tersasul. hahahaha. Seminggu selepas kejadian di sebuahkedai makan yang dah ditukar nama sekarang nih.mengikut sumber yang blh dipercayai mengatakan bahawa nama yang sebelumnya kurang kicks. Arghh..lantak lah kurang penumbuk ke ape.yang pasti itu tempat bersejarah aku dan abang jules. Rombongan meminang abang jules yang diketuai oleh uncle john casablancas pun datang lah ke rumah dengan hajat yang sangat besar! Wah! Wah! Wah!

Bila aku dah sah menjadi  Mrs Amanda Casablancas:

1)      Tahap ke ‘jealous’ an aku mesti lah tidak menggunung sangat kerana : abang jules seorang yang menyayangi peminat dia dan akan selalu berkata “ I love you guys!’ ..ermm..xpe. aku faham perasaan peminat di luar sana. Aku sedikit pun tidak heran akan perkara2 sebegitu. Hehe

2)      Memandangkan daddy mertua aku ialah pemilik modeling agency yang sangat terkenal, so aku tidak akan teragak2 untuk membataskan pemandangan abang jules setiap kali berada di John Casablancas modeling agency.

3)      Rambut. Abang jules akan diservice seminggu sekali di salon kegemaran aku: NR salon a.k.a salon mak sepupu aku, di mana tempat rambut aku selalu menjadi bahan untuk dia berkarya. Janji murah! Huhuhuhu. *harga family. Tertakluk kepada terma dan syarat*

4)      Semestinya aku akan sentiasa bersama abang jules mengikuti concert tour die either bersama band The Strokes ataupun concert perseorang. Peranan aku selain daripada memberi semangat  kepada laki sendiri , juga akan memastikan laki aku tampil dengan bergaya di samping baju2 yang telah aku iron menggunakan iron Panasonic kaler biru bewayar putih. *antara hadiah yang diterima masa kawin dulu.

5)      Bila mencari ilham. Aku akan pastikan abang jules ditemani secawan kopi yang berwarna hitam dan pau kaya yang dibeli di PETRONAS kat klang. Aku suka. Eh? Sape yang nk makan pau tu?? Tapi serious sedap. At mesra anyone can buy! 

6)      Sesungguhnya hidung julians casablancas adalah anugerah yang tidak ternilai. Hahahaha. Tiada sepatah perkataan pon untuk itu. Aku Cuma memastikan abang jules akan membersihkan mukanya dengan loreal for men. Sama seperti aku juga menggunakan pencuci muka loreal.*senang! Bila pergi guardian. Sebelah-sebelah je hee~ *untuk menghindarkan masalah jerawat yang  blh menjejaskan emosi ketika performing.

7)      Sebenarnya ramai yang tidak tahu apakah rahsia disebalik suara macho+ sexy habis Julian nih. And aku sebagai bini dia of course memang pegang semua rahsia turun temurun dia. amalkan meminum 11 teguk air yang dimasak menggunakan kettle cap SHARP *kalo blh kettle tu biarlah berwarna kuning* sebelum menaiki bmw s7 bernombor plat JUL 1. Now you know why you didn’t have a sexy voice like him! Hee~

8)      Untuk pengetahuan semua, mummy mertua aku Jeanette christensen ialah bekas ratu cantik Denmark 1965. Sebab tu lah aku sangat fasih berbahasa Denmark. Bukan apa..kita kena lah menjaga hati orang tua a.k.a  bekas ratu cantik nih, walaupun dah tak berapa nak can*** dah.oopss! jgn bimbang! Mummy mertua aku ni tak de kepakaran utuk mendekati bahan-bahan electronic seperti laptop. Hee~  Berbekalkan pujian-pujian yang selalu aku taburkan kat dia memang aku lah menantu kesayangan keluarga Casablancas nih.

9)      Symbol yang seakan tattoo kat tangan sebelah kanan abang jules adalah hasil nukilan aku a.k.a bini yang tercinta. Ramai jugak yang bertanyakan pasal karya kreatif aku tu..Alah. Senang je buat tu.. guna pen kilometrico kaler hitam. Kasi pekatkan sket kaler dia.  *bukan tattoo taw! Confirm blh buat sembahyang*

10)   The Jets adalah team football kegemaran abang jules. Jesteru itu, tidak hairan lah untuk aku menghabiskan masa berada di depan laptop lama2 untuk sesi membooking tiket perlawanan. Abang jules tak pernah tahu yang captain The Jets pernah nak ayat aku. Siap nak bagi tiket free lagi. oh! Sorry  babes! I am taken! Hahahahaha.

AMANDA!!!!!
oppss! mak aku dah abis main game dah. dan aku pun tersedar daripada khayalan tingkat tinggi aku. ish! mak nihh..huhuhu~ *kena pergi menjalankan tugasan sebagai anak perempuan*

CHOW~
 *nukilan aku di tangan sebelah kanan*


aku sangat jarang ke sini. hahahaha

mummy and daddy mentua masa muda muda. HOT abis!

zuriat yang dihasilkan sangat menarik. hahahaha ;b

 



p/s : agak2 berapa percent commision yang aku dapa hasil daripada mengiklankan pelbagai produk dalam cerita ni?

4 comments:

  1. bengong! hahahhahahhaha. but nice one!

    ReplyDelete
  2. Aku dah berdebar2 dah tau bace. damn you kak manda. hahahha. dah la aku tatau who d hell is abang julius. u know what. gamba die ngann kao tuh, he looks like, you know who! tu pasal aku berdebar2. Bwahaahahahhah

    ReplyDelete
  3. hahahahaha. tolong lah jgn sampai nak berdebar2 adik fara ku.huhuhu.

    ReplyDelete
  4. Fara, betul betul. Aku pun ingat tu. Hahahahaha. Manda, aku soke part hidung.

    ReplyDelete