Saturday, February 26, 2011

2 kali al-fatihah

Febuary bersaman dengan bulan kedukaan. Tanggal 10th of febuary , my grandmother (dad's mother) kembali ke rahmatullah. she has been sick for such a long time, but still pretending to be happy all the time till she died.  Sedih~ i had a chance to showered her for the last time. This is very sad. Arwah selamat dikebumikan pada pagi jumaat yang indah bersamaan dengan 11th of febuary 2011.
~Al-Fatihah yang pertama~

Tanggal 16th of Febuary, my grandmother (mom's mother) pulak selamat kembali ke rahmatullah, tepat2 tujuh hari selepas kematian mak ayah. A bit speechless masa menerima panggilan from my sister, when she told me my grandmother dah takde dah. Lebih kurang pukul 12tgh hari yang indah bersamaan jugak lagi 2 jam aku nak kena ambik test radiation and radiobiology. Aduh blank habis~ Soalan plak bukan setakat objective, ada essay bagai kat bahagian belakang. Aku memang blank habis. Semestinya bahagian essay tu pon blank! kosong! kertas putih suci murni lagi aku passed up kat prof dengan jayanya. Aku bakal dimaki!
sedih~
~Al-Fatihah yang kedua~ *untuk nenek aku.bukan untuk aku yang mmg gagal menjawab dengan baik*




*yang tengah tu tak boleh nk blah ke?

sambungan cerita survey : CERITA AGAK DONGENG BUDAK-BUDAK.

Sangat2 busy lately. sejak tahun lagi busy kan? tak boleh nak habis2 lagi. ok. janji tetap janji. bersambungnya cerita survey kita yer cik2 dan adik2. kronolgi nih sebenarnya dah lama aku rangka dalam kepala otak aku nih. cuma tak sempat nak diluahkan. mengikut survey yang dijalankan bersama2 dengan sepupu aku, si Anis. kronologi ni ialah antara formula2 percintaan budak2 lingkungan 18-20 tahun. *so, ni bukan cerita aku mahupun kawan2 terdekatku* cerita ini dicompilekan oleh kami stelah meng-interview beberapa mangkuk2 yang ada berkeliaran di sekitar rumah aku. Mangkuk a.k.a manusia lingkungan 18-20 tahun. Mangkuk2 tu tidak merangkumi mangkuk tingkat mahupun mangkuk corelle yang takkan pecah tu.jom! baca kronogi nih:

Bulan pertama hingga ke-3. 

Time2 nih bulan tengah mengambang terang. Hampir setiap malam lah jugak.huhuhu~ Boleh dikatakan bulan pertama hingga ketiga nih 'heaven' habis lah. Tak de perkataan lain dah yang sesuai. hahahaha. Masa ni lah nak ber'sms' sampai pecah keypad handset kan, masa ni lah nak caring tahap dewa, masa nak bimbang hampir nak mati bila berlaku ape2 pada si dia, bila dengar si dia bersin tu kan, kalau boleh time2 tu jugak nak angkut gi hospital. Ye lah, mana tahu terkena H1N1 ke sawan b*** ke. tak ke terus mampos! (hakikat sebenar resdung je kot! tak kronik langsung!) hahahaha~ tiga bulan pertama ni lah kalau boleh nak hafal semua nama2 family si dia *nama penuh ok! nasib tak hafal ic no je* siap ingat lagi nama nenek moyang, semua habis 7 keturunan lah. Masa ni jugak lah kredit handset banyak je, tak pernah nak habis, top-up tu selalu je stand by dalam wallet. kalau blh masa nih rasa macam nk tukar profession je. bukak kedai topup. Tak pun msg je " kredit saya dah low lah awak.." (low taw! bukan habis lagi) tang2 tu jugak kredit masuk! Si dia mmg sangat pantas untuk 3 bulan pertama nih. Time2 nih, masa makan pun nak pegang handset. jari tak leh nk berhenti. Kalau boleh kadar kandungan karbohidrat dalam nasi tu pon nak cakap kan. Adoii~ Masa nak tidur tu tak yah cakap lah, hampir setiap malam untuk tiga bulan pertama nih tidur berbantalkan handset inbox full je. Aduh. Heaven habis!~
Bulan ke-4 hingga ke-6 

haa..bila dah masuk chapter kedua nih, kena lah berjaga2 sket.hehe..ribut akan melanda? nO! nO! No! tak ribut lagi, sekadar angin yang menggoncangkan pokok kayu balak je. eh? tak cukup ribut ke kalau macam tu??.hahaha! ok la ok la. angin lah tapi bukan angin sepoi2 bahasa taw! Time2 nih pergaduhan mungkin tercetus, tak sampai ke tahap perang dunia lagi nih, perang tak dunia, lebih kurang macam rusuhan je lah. ermm.rusuhan ni plak blh berlaku disebabkan banyak perkara. antaranya:

1) Lambat reply msg,email,chat on fb or sewaktu dengannya (paling tak leh blah)

2) Si dia selalu je busy haa.main tu lah main ni lah. (semua sukan nak main)

3) Sebelum tidur, tak ingat lah plak nak wish goodnight! (tak leh nk blah jugak nih)

4) handset banyak off (batt kong dah tu cik kak!)

5) Pergi makan ice-cream tak ajak lah plak. (wall's je kot bukannya baskin robbins pon)

Lebih kurang macam tu lah sebab2 yang sempat disurvey. Tapi untuk bulan2 nih kira still lagi gaduh2 manja gitu. Buat rusuhan off handphone dalam 2-3 jam (180mins je kot) lepas tu member2 pun buat status lah kt fb yang si dia separuh mati cari kamu. aihh..bunga lagi~ :)


Bulan ke-7 hingga ke-9

Saat2 masih lagi ada sebelum mencecah ke bulan yang ke-9. Bila tiba bulan ke-9, datang lah ex si dia bertanyya khabar, kenapa asal bulan ke-9 je nak datang, asal datang je msti bulan ke-9, aihh.masa nih lah gunung berapi nak meletus, selain daripada ribut kencang dan kilat sabong-menyabong. Kebengangan akan bertambah bila si dia cakap 'awak ni baik..tapi...' arghh.tak yah nak sambong sangat lah ayat yang seterusnya tu. apa kata kita persetankan benda tu. ok.next step, dk diam2 kat umah. tolong mak masak, at least tahu macam mn nak buat sup ayam. Si dia? biarlah dia nak fikir ape pun, kepala otak dia.ikut suka hati die lah eh. Time2 nih percentage persafahaman dah agak menurun, dalam 45-50% je. msg pon jarang2 je. Nk jumpe mmg tak lah.nk tgk muka si dia tyme2 cmni? HARAM! Boleh dikatakan break kejap. Tunggu bulan yang seterusnya apa yang akan terjadi.

Bulan ke-8 hingga ke-10

Ok laa.selepas masing2 dah mendapat kedamaian. Sambong balik lah perhubungan hambar tu. Kira peringkat ketenangan dah tercapai lah. Kira boleh nak keluar jumpe.makan ice cream.tgk wayang. masing2 ikhlas ke tak belakang cite tu.hahaha. Tapi time nih percentange persefahaman still jugak sama. Susah nak repair balik benda yang dah keruh nih. sgt respectlah pada sesiapa yang boleh menjernihkan keadaan yang keruh lebih keruh daripada habitat buaya tu. So ikut flow je lah kan~ *aku dah mcm malas dah nak menaip*

Bulan ke-11 hingga.....

SAYA RASA MACAM KITA TAK.....

a) akan bersama lah. memandangkan saya tak dapat nak bagi yang terbaik untuk awak dan kita macam takde persefahaman dah. awak baik!awak memang baik! You deserve someone's better!

b) boleh meneruskan perhubungan ni. sebab saya terdengar mak saya cakap. nk jodohkan saya dengan anak mak leha kampung sebelah yang laki die keje ngn TNB tu, yang selalu je pakai baju kurung kaler merah. *mak leha yang pakai baju kurung. bukan laki die taw!*

c) dijodohkan lah. (kira time ni lah die nak pandai menilik nasib kan) sampai boleh cakap pasal jodoh modoh nih kan.

ape2 pon pilihan di atas kronologi nih tetap akan jadi bangang kan?? Tapi kita kena ingat sesuatu yang berlaku tu sesungguhnya telah ditetapkan dan mempunyai hikmah tersendiri. Jangan nak salah kan takdir plak eh. *amboi tetiba je berhemah plak ayat2 penghabisan nih*




p/s : dah kata agak dongeng kan? percaya je lah LABUU....hehehe~



terserempak ngn lagu nih masa menaip. layan jugak. muka pon layan jugak. hehehe~