Tuesday, April 26, 2011

BILA MUSIM PEPERIKSAAN MENJELMA...

BILA MUSIM PEPERIKSAAN MENJELMA.. sure pasti of course dan segala bentuk dengannya lah kehidupan menjadi kelam kelibut. Banyak perkara yang tersudah. Tersudah? bahasa orang asli mana aku kutip nih??..ape2 je lah. Yang pasti antara benda yang tersenarai nih mesti berlaku. kan?


Sepuluh Fakta Bermula Dengan Nombor Dua :


2. Time2 nih memang mandi pun kena rush. Kalau biasa rambut shampoo, pastu letak conditioner. Bila dah time2 genting2 nih. Shampoo dengan conditioner kalau boleh combine terus. Senang! dua dalam satu. Kira kalau hari2 biasa sempat lah nak nyanyi dua tiga buah lagu masa mandi, time nih nyanyi satu lagu je..tu pon sampai chorus je.

3. Masa nih kalau dah start dk kat meja study tu, memang susah lah nak bangun. Nak berhenti makan pon boleh fikir banyak kali. Kat atas meja  tu semua benda nak ada. Roti canai lah, kuew tiow sup lah, mee goreng, yong taufu, air plak boleh sampai 5jenis, jap?? buku letak mana???

Gambar hiasan.

4. Bf Gf?? nak letak mana time2 camni? kalau anda mempunyai bf or gf yang memang mempunyai hobi merajuk sepanjang masa nih, kena alert lah sket. Warning awal2. bila time2 cam gini, reply msg pon tak berapa nak panjang sangat, nak ajak keluar makan memang haram.. Kalau merajuk hari ni, minggu depan baru boleh pujuk. sabar ehh,,seminggu je ;)

5. Istilah cerita baru keluar kat wayang memang WAJIB diketepikan. Tapi kalau cite Johnny Depp macam man??

6. Time2 macam, selalu je tertunggu2 bila azan nak berkumandang nih??? sentiasa mencari keredhaan. bagus :)

7. Masa ni hanger tergantung kat belakang baju pon boleh tak perasaan.

8. Kalau tido terlebih lebih 30minit pon boleh rasa bersalah sampai 2jam yang seterusnya. Rasa mengantok memang di HARAM kan waktu2 camni.

9. Time nih, kalau wireless tak dapat detect memang bersyukur gila lah. Kalau tak memanjang je tukar status kat fb. Tu baru tukar status, kalau tukar profile picture, tak ke kena edit kaw2 dulu gambar tu. 2 jam jugak lah masa diperuntukan untuk tujuan editing tu. Mengalahkan baca satu chapter.

10. Library itu tempat tinggal kedua. Study kat library dari pagi sampai lah org halau. Masa tu lah boleh nak mentelaah library dengan jitunya. Sampai kerusi disusun ikut code warna ape pon dapat detect dah.

1. Takde benda lain dah nak fikir. Perancangan untuk menceroboh kertas soalan kat bilik Prof harus dilaksanakan. Culik anak dia. Mintak kertas soalan sebagai barang tebusan. Takkan berkira kot dengan anak sendiri?. hahahahaha. Eh! angan2 je tu. Sambong study balik!!!

End.

Sunday, April 17, 2011

T&T part II

KENAPA PERLU ADA TERTINGGAL DAN TELUPA?

Common people do mistakes right? so do i.. like always..left thing at mamak lah, forget to bring my wallet, my paperwork is missing! damn!, forget to call my dad, he is about giving me the allowance. how can i forget that???.. ohhh! my books is in the car!! and i am at the library already, panjat tangga library yang dah macam batu caves punye tangga. should i go back to the car???

Kenapa perlu? here are some reasons why?

1.  Bila ada something yang tertinggal, dan kita patah balik..kena panjat tangga tinggi-tinggi, kena mengharungi jalan ke pangkal jalan balik. Maksudnya kita telah berjaya menurunkan berat badan secara tidak sengaja. Tak perlu mencari taman-taman yang indah kat putrajaya, untuk berjogging dengan harapan berat badan akan turun. Padahal odw balik tu, elok je singgah Mcd pekena burger keju berganda. Berganda-ganda lah jadinya nanti. So, nasihat pakar kepada yang mempunyai muatan berlebihan, selalu2 lah buat2 tertinggal.

2. Masa odw patah balik tu..kita mesti jumpa orang lalu lalang lah kan. Mamat2 hensem ke, Aweks2 cun bertempiaran di kaki lima. Untung-untung boleh buat jodoh. Ini lah dipanngil 'Love at the first sight'. Cuba gi tanya sape2 kat luar sana yang mengalami jatuh cinta pandang pertama, kemungkinan besar inilah antara penyebabnya.

3. Baru je landing baik punye kat kerusi tiba-tiba anda disapa oleh bau-bauan yang memang tidak menyenangkan. DAMN!! bau bawang-bawangan! busuk giler. diorang nih tak pakai deodorent ke hape??!! memang kena cari port lain!!! ish!! ni yang aku malas nih! dah alang2 bangun tu, boleh lah gi ambik balik buku yang tertinggal tu. boleh jugak ambik udara segar kat luar kejap. Kira sesi meneutralkan balik deria bau korang lah ye ;)

4. Pakcik library : "aih, nak gi mana dik?" bukan baru masuk ke?
Korang : nak gi ambik buku tertinggal pakcik.
Pakcik library : oo..baik2 jalan :)
korang : terima kasih pakcik. jap lagi saya datang balik.
haaa!!!..tgk! kan dah boleh mengeratkan silaturrahim sesama makhluk. Kalau tak patah balik tadi, mungkin sampai habis sem korang takkan cakap dengan pakcik yang setia menjalankan tugas kat situ :)


Aku takde idea sangat lah petang nih. sakit kepala pon ada jugak. (padahal tgh layan youtube). Dah hujan, tidor pon sodap... Ape kata biorkan je buku tu kat dalam kereta. At least, terbebas jugak diorang daripada korang walaupon kejap. Korang tak tahu betapa rimasnya diorang bila bersama korang kan. HAHAHAHAHA! Sabor je lah...



Tuesday, April 12, 2011

T&T

KENAPA PERLU ADA TERLUPA DAN TERTINGGAL DALAM KEHIDUPAN???
Jap lagi aku cerita. siapkan kerja jap.
kerja nih memang kena siapkan.
kerja WAJIB untuk mendapatkan segulung ijazah.

sebelum mereka-mereka ini menyumpah seranah kat aku.

Sunday, April 10, 2011

Si Gajah


Si Gajah ialah seekor makhluk yang terdapat dalam bilik aku. Selain daripada menyimpan baju2 kotor yang akan di laundy, ia juga berperanan sebagai pengawal a.k.a security guard gitar aku. Gitar aku takde nama. nama die memang gitar, kira nama general lah. "weh! bak sini gitar aku." memang itu lah panggilan dia. Sejarah tentang gitar ni, tak banyak sangat, aku pernah lah meriba dia dari KL ke ipoh, memapah dia setiap kali nak balik subang,kira mak aku telah memberi kepercayaan kepada dia untuk menjaga aku semasa menaiki ktm.huhuhu~  Ayah aku bagi 2tahun lepas. Mak aku cakap masa belajar mana sempat nak main gitar, ayah aku tolong back-up bagi pihak aku "budak sekarang belajar ikut youtube. senang.." hehe~ suka ayah aku part nih! Lagu first yang aku nak main dulu lagu lagu Taylor swift- I'd Lie- aku suka lyric lagu tu. Takde lah terror sangat tapi setakat nak memenuhi masa lapang kawan2 aku yang suka melalak tu. boleh laa..
Cerita si gajah ni pulak. Aunty aku bagi masa mula2 nak masuk university dulu. Kira dah hampir 3 tahun dia bersama aku. Dah tiga kali tukar bilik, dia ikut je. Kaler dia memang biru daripada dulu lagi. Aku tak pernah terfikir nak spray kaler lain ke hape. Telinga besar dan gading memang ada dua. 

JUNiON (budak June)


Boleh percaya ke? Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah ialah seorang yang aku sangat kagumi dan hormati. Keratan di atas hanyalah carian google aku di malam hari yang membosankan ni. Jadi sahih ke tak tu aku pun tak tahu, sebab sekarang ni banyak je orang yang buat benda2 macam ni then main tulis je nama2 pakar2 yang berkenaan. Lantak lah ape pon sebab bukan tu yang aku nak ketengahkan kt sini. Ehem2x! rasa cam mengantuk lah plak. Nasib baik ada cerita hantu kat TV nih. boleh jugak buat2 terkejut gedik! cite hantu sekarang nih dah semakin real ditambahkan dengan bunyi bunyian yang agak menyeramkan *mengikut kawan aku lah, pasal aku dah tutup telinga mata awal2 lagi* huh! tak mencabar langsung. Ok2, Setelah baca stock2 perangai manusia yang lahir pada bulan June di atas, ada lah jugak tepatnya dengan aku yang telah 21 tahun 9  bulan selamat dilahirkan oleh ibunda tercinta pada 3Jun1989. kupasan ini takde kena mengena dengan ape2 pon, hanya sekadar ingin mengisi ruang blog ni je or mungkin juga boleh dikatakan sesi mengenali diri sendiri.

1. Berfikiran jauh dan berwawasan. 
mak aku bagi duit untuk hari ni. boleh aku fikir nak beli benda yang dua tahun lagi aku nak guna. boleh kira jauh gak lah pemikiran aku. Dan aku memang ada wawasan untuk memiliki mazda cx7  sebelum umur mencecah 35 tahun.hehehe. amin~

2. Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
ermm..sebenarnya aku suka mitsubishi lancer jugak. kaler putih.bmw 525i pun lawa jugak..urmm?? nampak tak baru je berwawasan nak mazda cx7. dah tukar lah plak. dalam masa tak sampai seminit pon boleh tukar.

3. Idea yang terlalu banyak di kepala.
boleh tahan lah jugak. kalau bukan bab sains atau matematik. memang banyak idea aku. sekarang nih pun aku ada satu idea nak melahirkan sebuah cerita hantu seram yang mengisahkan tentang budak2 sekolah yang pakai baju putih kain kaler biru. aku dah teliti dah lokasi penggambaran, senarai pelakon2 termasuk hantu2 pon dah susun dah (roomate aku, nadia antara yang ada watak) , script tinggal ending je lagi sikit, sama ada nak buat member kamcing hero ke heroin yang mati, OST pon dah siap dah, apa lagi eh? hero nak pakai ringtone ape pon dah ada dah..tinggal nak gi present kat KRU studio je nih.hahahaha

4. Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
a.k.a suka menangguh-nangguh. Memang allergy untuk buat kerja dengan segera. Kalau boleh semua benda kena last minute. Orang kata kalau buat kerja last minute nih jadi, macam mana tak jadinya. jadi tak jadi memang kena assume jadi lah kan.dah kata last minute. Kira nih adalah antara fakta yang kena menipu kalau menghadiri mana2 interview.hehe

5. Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
Ya ALLAH! kalau bab2 nih memang terok. kalau boleh semuanya nak perfect. Even pakaian tido. kalau seluar ngn baju tak match yakni warna seluar takde walaupon sikit sama ngn kaler baju tu makanya tak leh lah tido dengan lena malam tu. boleh jadi NIGHTMARE jugak! Satu lagi! kalau boleh selagi tak jumpe johnny depp malaysia maksudnya selagi tu lah akan single. sampai bila tu agak2? hish tahyul betol! sebab tu lah sampai sekarang takde bf lagi.hahahaha

6. Cepat marah & cepat sejuk.
Takde lah panas baran sangat. Tapi memang susah nak kawal rasa kemarahan. Kadang2 kalau orang terlanggar bahu pun boleh menimbulkan kemarahan. Tapi lepas pekena COKE vanilla ok ah. dah takde marah dah. senyum sket :) hee~

7. Suka buat lawak & bergurau.
Antara side effect tengok maharajalawak sampai beratus2 ribu kali. Tapi diorang memang bangang! hahaha. Orang kata. eh, tak habis2 dengan orang kata. ye lah takkan nak cakap kucing kata. cam tak kena pon ada.Kalau tak buat lawak nanti hidup sunyi. nasib baik aku pun kawan dengan mereka yang mempunyai paras lawak yang agak memberangsangkan. Takde lah rasa boring sangat. nak2 time makan. Dah lah makanan tak berapa nak sedap sangat, mahal pulak tu, waiter plak asyik2 datang tanya nak tambah ke bagai jadah2 lain? IShh! Stress!

8. Otaknya memang cerdas berangan-angan.
Haa! ni kira antara benda yang terror diaplikasikan dalam kehidupan. Kat mana2 pon boleh berangan. asal letak je mp3 kat telinga. Jalan cerita berderet datang dalam kepala otak. Hero tak yah nak cakap ah. memang handsome habis, kalau tak johnny depp, vin diesel. fahrin ahmad pun k gak. Nak2 time prof tgh mengajar kat depan, aduih..time2 tu otak boleh terbang sampai korea, tanpa kena booking tiket murah ngn airsia, check-in, nak tunjuk2 passport bagai tak payah. memang dari dewan kuliah terus sampai. siap boleh mendarat ke lokasi penggambaran terus plak tu. malampau2 dah ;)

9. Cepat rasa bosan.
Antara sikap yang tak best. Kalau hari nih boleh minat Torres kaw2! esok boleh plak tukar minat kat Ronaldo! huhuhu. kira kalau piala dunia menjelma agak pening jugak lah nak sokong sape, nk kena beli jersey mana, nak kena gaduh ngn team mana, nak tengok match mana. Malam nih boleh ye2 je sokong German, sampai nak gaduh2 ngn orang sebelah, malam esok German vs Argentina, awal2 lagi status kat fb "ARGENTINA WILL WIN" nak2 bila usha dalam youtube tahu plak team German kerek semacam je. *aku rasa kena aku ngn bebudak German nih*

10. Kedegilan yang tidak terkawal.
Ni memang diakui oleh mak aku. Sebab aku memang takde sense geli.hahahaha. Kira kalau sape2 nak geletek kaki tu memang tak kentar langsung ah. Mak aku cakap orang takde sense geli nih degil. Memang betol lah teori mak aku tu. Kalau aku nak buat ape2 pon aku buat je, kadang2 tanpa memikrkan effect2 yang berlaku selepas itu. *pembawakan ayah nih* Tapi setakat nih takat kedegilan masih lagi di paras terkawal lah kot. Kalau mak aku cakap "Amanda! jangan gi lah concert MGMT tu. mak tengok videoclip dorang macam tak senonoh je" dan aku pon tak pergilah. *padahal xde ticket free* huhuhu.

Dah lah. malas dah nak menaip. sampai sini ja! ;)