Friday, May 27, 2011

BILA MUSIM PEPERIKSAAN BERLALU...

BILA MUSIM PEPERIKSAAN BERLALU... habis dah peperiksaan. Masa untuk bersuka ria. Meninggalkan semua rasa-rasa masa peperiksaan dulu. Scary giler kot bila musim peperiksaan menjelma. Ok lah, untuk post kali nih kita bagi fakta bila musim peperiksaan berlalu. Punye lah bersuka ria sangat, dah lama dah tak update ruang nih.

Sepuluh Fakta Bermula Dengan Nombor Dua Lagi Sekali :

2. Time2 nih takleh panas sket, mesti nak mandi, punye lah banyak masa terluang ada kan. Tiap kali mandi disertai dengan shampoo, conditioner bagai. Siap dengan scrub bagai. Masa nih pelbagai jenis scrub beli, Strawberi, Oren, susu lembu, labu, pajeri nenas, dan sebagainya. Kalau bab nyanyi dalam toilet? Jangan risau sebab satu album dah standby nak nyanyi.

3.

 


Kenal tak gambar ape kat atas tu? Dah tak kenal kan??? ape tu? Dah memang dasar kacang lupakan kulit. Tahu sangat. K, point seterusnya.

4. Bf/Gf?? Saat2 musim peperiksaan berlalu nih kalau taip msg tak panjang tu bahaya! hahahaha. Masa nih pantang cakap "Terasa macam nak..." tak habis cakap pon lagi dah "Jom". Asyik nak berdating je. Kalau merajuk hari ni, 2minit selepas tu dah ada sesi pujuk memujuk dah kat facebook. Alah, senang sangat.

5. Istilah cerita baru kat wayang WAJIB pergi tengok. Sampai akak yang dk kat kaunter tiket kt cineplex dah naik nak muntah tgk muka korang.

6.  Sembahyang zohor adalah 2 minit lagi nak masuk waktu asar. Kalau mak tahu nih mesti, confirm, wajib lah  bising nih. 

7.  Hanger tersusun baik dalam almari, mengikut kod susunan kaler lagi. Diulangi. Tersusun rapi.

8. Wooo. Masa nak nak tidor sepuas puasnya dah sampai. Masa nih tidor dengan tenang tanpa set alarm clock kat handset. Ceh, belagak giler cara tido.

9. Musim menukar profile picture secara berleluasa. HAHAHAHAHA! Time2 nih profile picture baru hanya mampu bertahan dalam 2-3 hari je. Lepas tu tukar lain. Masa editing pon dah semakin lama makan satu hari jugak lah untuk satu gambar.

10. Library? ape tu? sejenis burger dekat station fast food ke? 

1. Benda nih memang tak fikir dah. Ape nama professor tu? SUMPAH aku tak ingat. Dia ada anak ke?

.TAMAT SUDAH.