Saturday, January 21, 2012

BAB BAB BUYEN

Nak post something.
Tapi sat lagi na..
Jalan2 cari kasut kat curve dulu
Nak pi holiday katanya..

p/s: Tu pn kalau ingat. Tu pon kalau jumpa kasut. MURAH. hehehehe

Tuesday, June 21, 2011

TOM TOM YAM 3

Masa mak aku terpaksa menerima kunci wad, lantas bermalam di samping anak dan cucu sulong beliau, kami bertiga ( aku, amer, and bro mie) terpaksa lah menguji semua tomyam2 di restoren yang diiktiraf mahupon tak tiap kali time dinner menjelma. Bukan apa abang ipar aku ni hantu tomyam, stok2 yang tak pernah jumpa tomyam yang sedap kat KL, so masa balik kampong bini lah kena kaw2 punye jadi hantu tomyam. Sampai ada pernah satu malam yang kitaorg tgh melantak, juga tomyam, dia cakap nak keje kat kota bharu, pasal tomyam sedap dan murah. Hilang pedoman ke hape? Kat sini mana lah ada pelabuhan klang. Aku bukannya nak cerita pasal tomyam sangat, aku pon bukannya suka sangat tomyam, jarang2 order boleh lah. Pasal aku tak tahan pedas sangat (jenis baka dari london). Cuma ada satu restoren pada malam ketiga sedikit menaikkan angin aku. Dia punya pekerja cam ramai, aku tengok average umur dalam lingkungan 16 ke 22 tahun. Muda, sihat dan bertenaga lagi. Tapi service cam hampeh gila. Kitaorg order tak banyak pon, alah hidangan standard untuk 3 org makan, tom yam wajib, sayur campur, telor dadar (abang ipar aku cakap allegy mkn telor, tapi elok je aku tgk dia hentam) pastu daging merah wajib adik aku. Kitaorg yang tgh lapar nak mam, menunggu juadah sampai, lama gila. Masa tu rasa macam nak gi masuk dapur, pastu nak tolong mana2 sayur yang belum cuci lagi, aku nk cuci guna washing machine, siap pakai sabun breeze lagi. Memang betol punye STRESS!


Dengan muka kitaorg yang macam satu tahap lagi nak jadi raksasa yang selalu je kalah dengan ultraman tu, crew2 restoren yang agaknya faham kot reaksi muka kitaorg tergopoh gapah menghantar air yang dah diorder tadi, abg ipar aku steady dengan bali panas beliau, adik aku pulak carrot juice, nasib baik lah carrot juice dia agak sedap jugak lah, kalau tak mahu adik aku ambik kunci kereta, hidupkan enjin, tekan minyak dalam2 terus masuk parking ngam2 sebelah tukang masak yang tgh masak tomyam tu. Tak pasal2 ada menu tambahan tomyam campor side mirror. Harga steady RM4.50. Air aku? takde lah nak belagak sangat. Chocolate blended (jenis baka dari London). 





Gua nak tanya. Lu orang bajet2 arnab biru tu boleh menyejukkan hati gua yang membara macam raksasa ni ke??? Main kasar nampak! sket pon aku tak gelak.


p/s : Malam tu balik tgk nightline, sebuah restoren terbakar hebat gara2 disembur oleh raksasa. Ultraman dalam perjalanan, tak sempat sampai. GPS dia weng!


p/s : scene ayah aku takde dalam ni, sebab dia memang pandai cari makan sorang2. Nak2 kalau abang ipar aku balik. Jenis yang suka pass tanggungjawab kat menantu. YA! aku dan adik aku sudah biasa jadi anak2 terbiar.

Wednesday, June 15, 2011

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.




Dua gambar di atas yang tersiar dan terpampang kat jalan raya yang aku pernah guna. Cerita antara mereka? Sebelum tu, untuk memudahkan rujukan, gambar yang atas dirujuk sebagai JOHNNY dan gambar yang bawah dirujuk sebagai FAKHRUL.


1. Johnny ditangkap semasa odw to hometown, aku sebagai penumpang kereta ayah aku dan berada di bahagian belakang. Fakhrul ditangkap semasa odw balik dari tempat kerja, aku sebagai driver kereta mak aku.

2. Aku sakit hati dengan Fakhrul. Nak2 tiap kali aku terpaksa berada paling hadapan menungu lampu isyarat bertukar jadi kaler hijau. Johnny? kalau dia ajak kawin, aku confirm tak tolak.

3. Johnny cam cool and steady giler. Aku rasa Fakhrul cam bajet giler. Dia rasa dia hensem pakai cincin banyak2 gitu??

4. Suasana Johnny sangat tenang dipagi hari, cuaca baik. Suasana Fakhrul agak sejuk. Cuaca hujan.

5. Fakhrul ambik masa hampir separuh hari nak me 'mohawk' kan rambut yang dia rasa sgt hensem, Johnny ikat bandana merah dua minit jewwww!!!

6. Fakhrul dah takyah pakai celak.

7. Misai jugak. Fakhrul tak perlukan misai macam Johnny. Kalau ada pon, susah jugak nak detect.

8. Outfit Fakhrul ada dijual di uptown kota damansara. Baju Johnny? ada kat dalam almari dalam bilik aku. hahahahahahaha.

9. Ada robot kecik bersama Fakhrul, pembantu dia lah tu kot. Keciknya, pakai battery plak tu..Johnny tak perlukan pembantu.

10. Ketinggian position Johnny tak memungkin untuk mendapat lempangan aku. Fakhrul? Hanya perlu menggunakan tangga ayah aku guna masa baiki lampu syiling. Anytime.



Disebabkan keboringan yang tersangat melampau sampai aku terpaksa mengutuk Fakhrul. Sorry dude! Hari ni aku takde keje sangat.

p/s : Nama Fakhrul hanyalah rekaan semata2, takde kena mengena dengan sape2. Ex aku pon bukan nama Fakhrul. HUAHUAHUAHUAHUA.













SELIP AR

Pasal title entry ni takyah nak fikir banyak-banyak. Tengok gambar kat bawah ni :

Gambar benar. Bukan hiasan

Himpunan alas kaki staff-staff kat office yang sedang kusyuk berjemaah. Bila nak berjemaah, semua WAJIB meninggalkan alas kaki kat luar. Tak de yang terkecuali. Hukum Yang Maha Esa. Jangan nak banyak soal. Ok. Aku nak insert bullet and numbering. Focus2.

1. Secara imbasan dari mata kasar, average umur pemilik2 alas kaki nih lebih kurang dalam 42 hingga 57tahun. *kalau dah lebih 57. Dah tak datang office dah, goyang kaki kat rumah sambil tunggu duit pencen menyapa* 

2. Jangan bimbang longkang memang ditutup rapat. So, takkan ada alas kaki yang cuba buat lawak menyembunyikan diri dalam longkang.

3. Alas kaki yang dituju oleh anak panah yang berwarna kuning, adalah yang pertama menapak ke dalam surau untuk mendirkan solat zohor secara berjemaah. Mungkin pemilik beliau berpuasa hari ni. Lunch hour terus lepak baikk punye kat situ.

4. Tahu tak arrow yang kaler hijau tu yang sape punye? tahu tak? takkan? ok. assistant supervisor aku yang mempunyai seorang anak teruna berumur 26tahun, berjurusan kejuteraan mekanikal, berkulit puteh, gila bola sepak yang amat, sedang berkerja di sebuah company construction dan mak dia still lagi tak berputus asa mengisi borang application keje government. Jap! SUMPAH aku takde ape2 pertalian biasa mahupon yang istimewa dengan jejaka di atas. Sekadar merumuskan dari gambar kat meja dan apa yang keluar dari mulut mak dia. Agak detail penerangan assistant supervisor aku ni. Jap! Adakan sesi mencari calon menantu sedang berlangsung?. assalamualaikum mak! oopppss!

5. Ok2. Beralih kepada pemilik yang dituju oleh arrow yang berwarna purple. Dari segi physical appearance, kita boleh rumuskan bahawa pemiliknya adalah seorang yang confident dan mempunyai daya urat sarat kaki yang cukup kuat. Boleh jadi pemiliknya jenis yang tak berapa nak tinggi sgt, so untuk membantu mencapai ketinggian manusia normal, sepatu sebegini mnjadi pilihan. Hitam, tali berbelit2, kemas dan rapi, macam kpop pon ada.

6. Arrow kaler brown tu, memang pemiliknya jenis yang suka tunjuk kuku kaki sikit2 je. Dari sepuluh batang jari kaki yang mempunyai kuku, biasanya yang tershow off tu adalan 6. Total up kaki kanan ngan kiri. Tak sakit ke weh??

7. Haa! Yang dalam bulatan tu jangan nak cakap apa2. Elton john pernah mintak nak beli nak bagi kat posh beckham masa tengah pregnant. Aku tak makan dengan tawaran Elton tu. Tak berbaloi lah 40k untuk sebuah sandal yang bersalut emas dan berlian, dan dijahit dengan benang platinum yang sangat limited editionya dan alasan paling kukuh aku tak terima tawaran pak cik elton adalah sebab aku pernah gaduh besar dengan paris hilton berebut sandal ni.
   

Monday, June 13, 2011

Anak Buah pertama: Sambongan

Ok. Kakak aku admit ward. Aku kalau bab2 hospital ni satu je aku pantang, selain daripada pantang tgk doctor hensem, hehehehe. Aku sgt lah pantang dgn manusia yang berpakaian seragam di sekeliling tu a.k.a akak-akak misi. Muka sekor2 macam kerek nak mampos. Menyampah giler. Punye lah kita dah senyum, dia boleh buat dek je. Memang nak kena betol lah. Kalau yang tua tu lagi lah, garang gila. Stok2 muka gaduh ngan laki, takpon jiran sebelah beli peti baru, 2 pintu plak tu. Hati dan muka memang tak senang duduk je time keje, pastu mula lah lah nak garang2 ngan patients. Tak paham betol aku. Nak cakap elok2 takleh ke?? takde kesedaran sivik langsung! Hish! marah betol nih Eh, sorry ter emo lah pulak.hahaha. Lantak diaorg lah, bukannya aku yang bayar gaji diaorg kan? Tapi kalau lah aku yang bayar gaji diaorg tu, dah lama dah aku bayar guna duit SAIDINA. ;b

Ok. Masuk kepada penceritaan sebenar, baby kakak aku masih tak nak keluar lagi. Masih lagi nak bermain2 dengan tali pusat beliau agaknya. So kakak aku kena lah bermalam kat hospital sorang2. Mak aku awal2 lagi dah cabut. Dia cakap, dia kena jimatkan tenaga dia, sebab nanti baby lahir dia yang kena bertugas. Pandai betol mak aku berjimat cermat. ' mak! I follow you'. Eh? aku pon pandai berjimat cermat lah. hehe.

Tiga hari kakak aku dalam ward. Tiga hari jugak lah kitaorg berdebar2 kalau phone berbunyi. Takut dowh perasaan nih. Kakak aku punya takut tu tak tahu lah macam mana agaknya. Istilah takut yang kalau search dalam google takkan jumpa. 

Sehinggalah muncul tarikh 31may2011, aku kat tempat keje. Message received daripada mak aku yang berbunyi :

' kakak dah nak bersalin. Mak kena rush pergi hospital. Nasi goreng ni tak sempat...

Aku masih bertenang. Buat keje seperti biasa je. Dan tak reply msg mak aku. Sebab aku rasa tang ayat last tu agak tergantung. Aku tak faham.

Petang tu balik keje, terus pergi hospital. Jumpa lah mak ngan ayah aku kat waiting room. Mak aku agak panic cakap kakak aku dah kat dalam labor room. Ayah aku? relax je, siap boleh tubuhkan club berborak lagi kat situ, ahli2 dia semua makcik2 yang tgh tunggu anak bersalin. Satu bilik tu dgr persidangan club kepoh tu. Aih, kecoh betol. Aku? steady tepi ayah aku, sambil belasah kek coklat. SUMPAH! aku tak join club tu ok.

Tiba-tiba....

Sayup-sayup kedengaran suara halus, bukan makhluk halus :

' Haslinda Adila, nama kakak aku tu. ' Baby Haslinda Adila'

Dengan pantasnya ktorg bergegas masuk ke dalam. Seorang baby perempuan berbalut dgn kain kaler hijau seberat 4kg berkelip2 didepan aku. WAH!!! Akhirnya keluar juga budak nih. Agaknya dah penat berenang  kuak lentang dalam perut mama dia. JAP! asal ramai sgt nih?? ok. semua ahli2 club ayah aku join sekali nak tgk baby. Sesak bilik. 

Ayah aku dengan berhemahnya meng 'iqamat'kan baby kakak aku. Muka tak nerd langsung ayah tok. Hahaha. Setelah aku bagi semua kelengkapan baby, nurse bawak dia masuk balik. Abang ipar aku odw balik dari KL. Dia sampai setengah jam selepas kelahiran anak pertama dia. Perasaan excited setelah bergelar papa berkata :

'Manda tangkap gambar baby tak?' 

'Ada. Dalam handset, ayah tgh nak bluetooth.'

Selepas kelahiran MYA ZARA AMILY MOHD NURUL AZMI pada 31 may 2011. Semua wallpaper handset manusia kat dalam rumah aku bertukar. Gambar Mya.  Semua rasa macam diri masing2 cute lah kot, letak gambar baby, termasuk AYAH aku. 

hehehe. 
abis dah cerita.
END.

p/s : Ohw! lupe.. pasal nasi goreng tu.. Sampai rumah malam tu. Keadaan bawang merah, bawang puteh, sayur sawi, kubis, carrot, telor seakan2 bersorak kegirangan kat dapur. Jangka hayat hidup mereka tak habis lagi. Mak aku tak sempat nak masak nasi goreng pagi tadi.

Thursday, June 9, 2011

Anak Buah pertama.

Asyik tampil dengan fakta-fakta je, boring pulak. Aku boring. Habis orang lain yang menyinggah baca macam mana? ada ke yang menyinggah?? whatever lah. Yang pasti hari ini aku cuba bertindak neutral iaitu cuba terus menaip terus direct takde singgah kat mana-mana dah ke ruang posting nih. Korang tak tahu selama yang aku dok bagi fakta-fakta tu, adalah dua minggu aku karang dalam buku kelas memasak mak aku yang kaler merah *harap-harap dia tak dapat detect* before publish kat sini. Tapi aku bukan apa, aku merasakan pembaca-pembaca lebih tertarik kepada tulisan berbentuk fakta-fakta yang berbullet mahupon bernumbering. Takde lah bosan sangat kan. Eh, ada pembaca ke? ada ke? ada? ada? Dengki pulak bila tengok blog yang boleh ada follower sampai ribu2 nih. Kalau follower dah sampai ribu2, comment toksah cakap lah, kalau total up semua comment kat blog diaorang pastu convert kepada mata wang ringgit malaysia, mahu boleh cecah riban2 juta. Serius kalah Donald Trump aku cakap kau. Aku macam dah lari dari entry sebenar nih. Anak buah pertama aku lahir 31 may lepas. Sedikit sebanyak sistem pembikinan beliau.
 Punye lah lama tertunggu2 dia nak keluar. Kakak aku punye lah banyak hari mempanikkan kitaorang dengan tanda2 yang mendebarkan, tak nak keluar2 jugak. Ape ada swimming pool ke hape kat dalam sana?? Seronok betol berenang dalam tu. Time2 tu, ayah aku selalu je pesan kereta belakang sekali masuk parking reverse. *ayah aku tgh cakap pada diri sendiri, dia yang selalu paling last balik* Takut2 kakak aku nak terberanak, humban dia dalam kereta, then terus blah, tidak perlu menggunakan side mirror untuk keluar pagar. Macam ambulance. nino~nino~nino~
Masa gi jumpa pakar, boleh pulak doktor tu mencuakkan kakak aku, dia kata baby besar sangat, macam mana nak keluar. Size baby tak relevan dengan size mama. Kakak aku bukannya stok2 katie holme mahupun fazira wan chik, aku harap korang tahu fazira tu era fazira, yang mempunyai ketinggian dan rangka yang jitu untuk melahirkan sebuah zuriat yang bersize besor. Cuak giler bunyinya, kakak aku yang bertekad taknak ambik epidural, sebab tak adventure ah bersalin tak rasa ape-ape dah mula merangka sesuatu dalam kepala otak. Aku tahu. Atas dahi dia dah terpampang perkataan EPIDURAL. Siap menyala2 lagi. Macam glow in the dark gitu. Memang jenis yang tak berpendirian teguh.hahahahaha. Supposedly, budak tu keluar may27, tapi hari tu still lagi takde tanda2 genting. Keesokan harinya. scene berdebar2 dah datang.

 Mak aku awal2 lagi kejut, dengan muka excinic = excited +panic nya berkata : ' Cepat2 bangun! kak nak bersalin dah! yang ni tak main2 punye!'
Aku yang mamai dan agak bersakit kepala pagi tu membalas : 'Ye ke? serius ke? call ambulance lah. Jimat minyak kereta kita'

Dalam keadaan yang samar2 ayam tu, terasa sedikit sakit dibahagian lengan, kebas2 gitu. Teknik apa lah lempangan mak aku terhadap aku kali ni, aku tak dapat nak detect sgt. Dan dia terus berlalu. Mungkin melepaskan excinicnya kepada adik aku pula.

ok. aku bangun dari tempat beradu terus ke dapur, ayah dan abang ipar aku dah bergegas, mak aku dah siap bag2 dia dah, memimpin kakak aku ke dalam kereta yang TAK diparking reverse oleh ayah aku malam semalam. Side mirror bertugas di awal pagi hari tu.

Aku dengan adik aku? dengan slow and steady mengadap breakfast. Topik pagi tu : CILAK BETOL KONGSI! stok2 cerita yang menjahanamkan masa dan menaikkan jumlah bil astro yang perlu dibayar oleh mak aku.  RM15 + 6% tax.

Bersiap sedia ke hospital.

Kakak aku kena admit ward. Maksudnya? Anak buah aku still tak nak keluar lagi.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
cerita nih tak habis lagi. Aku ngantok and sakit belakang. Next entry sambong balik.

p/s : sorry, kali ni takde huruf kaler2, perkataan bold sana-sini. Ini adalah penulisan secara neutral ape class letak kaler2 ni, macam budak2 tadika je. Ni kalau kak Ogy Ahmad Daud baca mahu dia comment : ' Akak kecewa dik! Akak tak nampak penjiwaan yang suci melalui entry kali ni. Penghayataan daripada mata anda tak tulus, nampak bercelaru. Akak frust dik! Argghh!! Lantak kau lah, Hatan? Ah! kau takyah comment tan!

Friday, May 27, 2011

BILA MUSIM PEPERIKSAAN BERLALU...

BILA MUSIM PEPERIKSAAN BERLALU... habis dah peperiksaan. Masa untuk bersuka ria. Meninggalkan semua rasa-rasa masa peperiksaan dulu. Scary giler kot bila musim peperiksaan menjelma. Ok lah, untuk post kali nih kita bagi fakta bila musim peperiksaan berlalu. Punye lah bersuka ria sangat, dah lama dah tak update ruang nih.

Sepuluh Fakta Bermula Dengan Nombor Dua Lagi Sekali :

2. Time2 nih takleh panas sket, mesti nak mandi, punye lah banyak masa terluang ada kan. Tiap kali mandi disertai dengan shampoo, conditioner bagai. Siap dengan scrub bagai. Masa nih pelbagai jenis scrub beli, Strawberi, Oren, susu lembu, labu, pajeri nenas, dan sebagainya. Kalau bab nyanyi dalam toilet? Jangan risau sebab satu album dah standby nak nyanyi.

3.

 


Kenal tak gambar ape kat atas tu? Dah tak kenal kan??? ape tu? Dah memang dasar kacang lupakan kulit. Tahu sangat. K, point seterusnya.

4. Bf/Gf?? Saat2 musim peperiksaan berlalu nih kalau taip msg tak panjang tu bahaya! hahahaha. Masa nih pantang cakap "Terasa macam nak..." tak habis cakap pon lagi dah "Jom". Asyik nak berdating je. Kalau merajuk hari ni, 2minit selepas tu dah ada sesi pujuk memujuk dah kat facebook. Alah, senang sangat.

5. Istilah cerita baru kat wayang WAJIB pergi tengok. Sampai akak yang dk kat kaunter tiket kt cineplex dah naik nak muntah tgk muka korang.

6.  Sembahyang zohor adalah 2 minit lagi nak masuk waktu asar. Kalau mak tahu nih mesti, confirm, wajib lah  bising nih. 

7.  Hanger tersusun baik dalam almari, mengikut kod susunan kaler lagi. Diulangi. Tersusun rapi.

8. Wooo. Masa nak nak tidor sepuas puasnya dah sampai. Masa nih tidor dengan tenang tanpa set alarm clock kat handset. Ceh, belagak giler cara tido.

9. Musim menukar profile picture secara berleluasa. HAHAHAHAHA! Time2 nih profile picture baru hanya mampu bertahan dalam 2-3 hari je. Lepas tu tukar lain. Masa editing pon dah semakin lama makan satu hari jugak lah untuk satu gambar.

10. Library? ape tu? sejenis burger dekat station fast food ke? 

1. Benda nih memang tak fikir dah. Ape nama professor tu? SUMPAH aku tak ingat. Dia ada anak ke?

.TAMAT SUDAH.