Tuesday, June 21, 2011

TOM TOM YAM 3

Masa mak aku terpaksa menerima kunci wad, lantas bermalam di samping anak dan cucu sulong beliau, kami bertiga ( aku, amer, and bro mie) terpaksa lah menguji semua tomyam2 di restoren yang diiktiraf mahupon tak tiap kali time dinner menjelma. Bukan apa abang ipar aku ni hantu tomyam, stok2 yang tak pernah jumpa tomyam yang sedap kat KL, so masa balik kampong bini lah kena kaw2 punye jadi hantu tomyam. Sampai ada pernah satu malam yang kitaorg tgh melantak, juga tomyam, dia cakap nak keje kat kota bharu, pasal tomyam sedap dan murah. Hilang pedoman ke hape? Kat sini mana lah ada pelabuhan klang. Aku bukannya nak cerita pasal tomyam sangat, aku pon bukannya suka sangat tomyam, jarang2 order boleh lah. Pasal aku tak tahan pedas sangat (jenis baka dari london). Cuma ada satu restoren pada malam ketiga sedikit menaikkan angin aku. Dia punya pekerja cam ramai, aku tengok average umur dalam lingkungan 16 ke 22 tahun. Muda, sihat dan bertenaga lagi. Tapi service cam hampeh gila. Kitaorg order tak banyak pon, alah hidangan standard untuk 3 org makan, tom yam wajib, sayur campur, telor dadar (abang ipar aku cakap allegy mkn telor, tapi elok je aku tgk dia hentam) pastu daging merah wajib adik aku. Kitaorg yang tgh lapar nak mam, menunggu juadah sampai, lama gila. Masa tu rasa macam nak gi masuk dapur, pastu nak tolong mana2 sayur yang belum cuci lagi, aku nk cuci guna washing machine, siap pakai sabun breeze lagi. Memang betol punye STRESS!


Dengan muka kitaorg yang macam satu tahap lagi nak jadi raksasa yang selalu je kalah dengan ultraman tu, crew2 restoren yang agaknya faham kot reaksi muka kitaorg tergopoh gapah menghantar air yang dah diorder tadi, abg ipar aku steady dengan bali panas beliau, adik aku pulak carrot juice, nasib baik lah carrot juice dia agak sedap jugak lah, kalau tak mahu adik aku ambik kunci kereta, hidupkan enjin, tekan minyak dalam2 terus masuk parking ngam2 sebelah tukang masak yang tgh masak tomyam tu. Tak pasal2 ada menu tambahan tomyam campor side mirror. Harga steady RM4.50. Air aku? takde lah nak belagak sangat. Chocolate blended (jenis baka dari London). 





Gua nak tanya. Lu orang bajet2 arnab biru tu boleh menyejukkan hati gua yang membara macam raksasa ni ke??? Main kasar nampak! sket pon aku tak gelak.


p/s : Malam tu balik tgk nightline, sebuah restoren terbakar hebat gara2 disembur oleh raksasa. Ultraman dalam perjalanan, tak sempat sampai. GPS dia weng!


p/s : scene ayah aku takde dalam ni, sebab dia memang pandai cari makan sorang2. Nak2 kalau abang ipar aku balik. Jenis yang suka pass tanggungjawab kat menantu. YA! aku dan adik aku sudah biasa jadi anak2 terbiar.

1 comment:

  1. baka dari london eh? mintak sepak ke minta pelukan-rindu dari aku ni?

    ReplyDelete