Wednesday, June 15, 2011

SELIP AR

Pasal title entry ni takyah nak fikir banyak-banyak. Tengok gambar kat bawah ni :

Gambar benar. Bukan hiasan

Himpunan alas kaki staff-staff kat office yang sedang kusyuk berjemaah. Bila nak berjemaah, semua WAJIB meninggalkan alas kaki kat luar. Tak de yang terkecuali. Hukum Yang Maha Esa. Jangan nak banyak soal. Ok. Aku nak insert bullet and numbering. Focus2.

1. Secara imbasan dari mata kasar, average umur pemilik2 alas kaki nih lebih kurang dalam 42 hingga 57tahun. *kalau dah lebih 57. Dah tak datang office dah, goyang kaki kat rumah sambil tunggu duit pencen menyapa* 

2. Jangan bimbang longkang memang ditutup rapat. So, takkan ada alas kaki yang cuba buat lawak menyembunyikan diri dalam longkang.

3. Alas kaki yang dituju oleh anak panah yang berwarna kuning, adalah yang pertama menapak ke dalam surau untuk mendirkan solat zohor secara berjemaah. Mungkin pemilik beliau berpuasa hari ni. Lunch hour terus lepak baikk punye kat situ.

4. Tahu tak arrow yang kaler hijau tu yang sape punye? tahu tak? takkan? ok. assistant supervisor aku yang mempunyai seorang anak teruna berumur 26tahun, berjurusan kejuteraan mekanikal, berkulit puteh, gila bola sepak yang amat, sedang berkerja di sebuah company construction dan mak dia still lagi tak berputus asa mengisi borang application keje government. Jap! SUMPAH aku takde ape2 pertalian biasa mahupon yang istimewa dengan jejaka di atas. Sekadar merumuskan dari gambar kat meja dan apa yang keluar dari mulut mak dia. Agak detail penerangan assistant supervisor aku ni. Jap! Adakan sesi mencari calon menantu sedang berlangsung?. assalamualaikum mak! oopppss!

5. Ok2. Beralih kepada pemilik yang dituju oleh arrow yang berwarna purple. Dari segi physical appearance, kita boleh rumuskan bahawa pemiliknya adalah seorang yang confident dan mempunyai daya urat sarat kaki yang cukup kuat. Boleh jadi pemiliknya jenis yang tak berapa nak tinggi sgt, so untuk membantu mencapai ketinggian manusia normal, sepatu sebegini mnjadi pilihan. Hitam, tali berbelit2, kemas dan rapi, macam kpop pon ada.

6. Arrow kaler brown tu, memang pemiliknya jenis yang suka tunjuk kuku kaki sikit2 je. Dari sepuluh batang jari kaki yang mempunyai kuku, biasanya yang tershow off tu adalan 6. Total up kaki kanan ngan kiri. Tak sakit ke weh??

7. Haa! Yang dalam bulatan tu jangan nak cakap apa2. Elton john pernah mintak nak beli nak bagi kat posh beckham masa tengah pregnant. Aku tak makan dengan tawaran Elton tu. Tak berbaloi lah 40k untuk sebuah sandal yang bersalut emas dan berlian, dan dijahit dengan benang platinum yang sangat limited editionya dan alasan paling kukuh aku tak terima tawaran pak cik elton adalah sebab aku pernah gaduh besar dengan paris hilton berebut sandal ni.
   

No comments:

Post a Comment