Thursday, June 9, 2011

Anak Buah pertama.

Asyik tampil dengan fakta-fakta je, boring pulak. Aku boring. Habis orang lain yang menyinggah baca macam mana? ada ke yang menyinggah?? whatever lah. Yang pasti hari ini aku cuba bertindak neutral iaitu cuba terus menaip terus direct takde singgah kat mana-mana dah ke ruang posting nih. Korang tak tahu selama yang aku dok bagi fakta-fakta tu, adalah dua minggu aku karang dalam buku kelas memasak mak aku yang kaler merah *harap-harap dia tak dapat detect* before publish kat sini. Tapi aku bukan apa, aku merasakan pembaca-pembaca lebih tertarik kepada tulisan berbentuk fakta-fakta yang berbullet mahupon bernumbering. Takde lah bosan sangat kan. Eh, ada pembaca ke? ada ke? ada? ada? Dengki pulak bila tengok blog yang boleh ada follower sampai ribu2 nih. Kalau follower dah sampai ribu2, comment toksah cakap lah, kalau total up semua comment kat blog diaorang pastu convert kepada mata wang ringgit malaysia, mahu boleh cecah riban2 juta. Serius kalah Donald Trump aku cakap kau. Aku macam dah lari dari entry sebenar nih. Anak buah pertama aku lahir 31 may lepas. Sedikit sebanyak sistem pembikinan beliau.
 Punye lah lama tertunggu2 dia nak keluar. Kakak aku punye lah banyak hari mempanikkan kitaorang dengan tanda2 yang mendebarkan, tak nak keluar2 jugak. Ape ada swimming pool ke hape kat dalam sana?? Seronok betol berenang dalam tu. Time2 tu, ayah aku selalu je pesan kereta belakang sekali masuk parking reverse. *ayah aku tgh cakap pada diri sendiri, dia yang selalu paling last balik* Takut2 kakak aku nak terberanak, humban dia dalam kereta, then terus blah, tidak perlu menggunakan side mirror untuk keluar pagar. Macam ambulance. nino~nino~nino~
Masa gi jumpa pakar, boleh pulak doktor tu mencuakkan kakak aku, dia kata baby besar sangat, macam mana nak keluar. Size baby tak relevan dengan size mama. Kakak aku bukannya stok2 katie holme mahupun fazira wan chik, aku harap korang tahu fazira tu era fazira, yang mempunyai ketinggian dan rangka yang jitu untuk melahirkan sebuah zuriat yang bersize besor. Cuak giler bunyinya, kakak aku yang bertekad taknak ambik epidural, sebab tak adventure ah bersalin tak rasa ape-ape dah mula merangka sesuatu dalam kepala otak. Aku tahu. Atas dahi dia dah terpampang perkataan EPIDURAL. Siap menyala2 lagi. Macam glow in the dark gitu. Memang jenis yang tak berpendirian teguh.hahahahaha. Supposedly, budak tu keluar may27, tapi hari tu still lagi takde tanda2 genting. Keesokan harinya. scene berdebar2 dah datang.

 Mak aku awal2 lagi kejut, dengan muka excinic = excited +panic nya berkata : ' Cepat2 bangun! kak nak bersalin dah! yang ni tak main2 punye!'
Aku yang mamai dan agak bersakit kepala pagi tu membalas : 'Ye ke? serius ke? call ambulance lah. Jimat minyak kereta kita'

Dalam keadaan yang samar2 ayam tu, terasa sedikit sakit dibahagian lengan, kebas2 gitu. Teknik apa lah lempangan mak aku terhadap aku kali ni, aku tak dapat nak detect sgt. Dan dia terus berlalu. Mungkin melepaskan excinicnya kepada adik aku pula.

ok. aku bangun dari tempat beradu terus ke dapur, ayah dan abang ipar aku dah bergegas, mak aku dah siap bag2 dia dah, memimpin kakak aku ke dalam kereta yang TAK diparking reverse oleh ayah aku malam semalam. Side mirror bertugas di awal pagi hari tu.

Aku dengan adik aku? dengan slow and steady mengadap breakfast. Topik pagi tu : CILAK BETOL KONGSI! stok2 cerita yang menjahanamkan masa dan menaikkan jumlah bil astro yang perlu dibayar oleh mak aku.  RM15 + 6% tax.

Bersiap sedia ke hospital.

Kakak aku kena admit ward. Maksudnya? Anak buah aku still tak nak keluar lagi.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
cerita nih tak habis lagi. Aku ngantok and sakit belakang. Next entry sambong balik.

p/s : sorry, kali ni takde huruf kaler2, perkataan bold sana-sini. Ini adalah penulisan secara neutral ape class letak kaler2 ni, macam budak2 tadika je. Ni kalau kak Ogy Ahmad Daud baca mahu dia comment : ' Akak kecewa dik! Akak tak nampak penjiwaan yang suci melalui entry kali ni. Penghayataan daripada mata anda tak tulus, nampak bercelaru. Akak frust dik! Argghh!! Lantak kau lah, Hatan? Ah! kau takyah comment tan!

No comments:

Post a Comment