Monday, June 13, 2011

Anak Buah pertama: Sambongan

Ok. Kakak aku admit ward. Aku kalau bab2 hospital ni satu je aku pantang, selain daripada pantang tgk doctor hensem, hehehehe. Aku sgt lah pantang dgn manusia yang berpakaian seragam di sekeliling tu a.k.a akak-akak misi. Muka sekor2 macam kerek nak mampos. Menyampah giler. Punye lah kita dah senyum, dia boleh buat dek je. Memang nak kena betol lah. Kalau yang tua tu lagi lah, garang gila. Stok2 muka gaduh ngan laki, takpon jiran sebelah beli peti baru, 2 pintu plak tu. Hati dan muka memang tak senang duduk je time keje, pastu mula lah lah nak garang2 ngan patients. Tak paham betol aku. Nak cakap elok2 takleh ke?? takde kesedaran sivik langsung! Hish! marah betol nih Eh, sorry ter emo lah pulak.hahaha. Lantak diaorg lah, bukannya aku yang bayar gaji diaorg kan? Tapi kalau lah aku yang bayar gaji diaorg tu, dah lama dah aku bayar guna duit SAIDINA. ;b

Ok. Masuk kepada penceritaan sebenar, baby kakak aku masih tak nak keluar lagi. Masih lagi nak bermain2 dengan tali pusat beliau agaknya. So kakak aku kena lah bermalam kat hospital sorang2. Mak aku awal2 lagi dah cabut. Dia cakap, dia kena jimatkan tenaga dia, sebab nanti baby lahir dia yang kena bertugas. Pandai betol mak aku berjimat cermat. ' mak! I follow you'. Eh? aku pon pandai berjimat cermat lah. hehe.

Tiga hari kakak aku dalam ward. Tiga hari jugak lah kitaorg berdebar2 kalau phone berbunyi. Takut dowh perasaan nih. Kakak aku punya takut tu tak tahu lah macam mana agaknya. Istilah takut yang kalau search dalam google takkan jumpa. 

Sehinggalah muncul tarikh 31may2011, aku kat tempat keje. Message received daripada mak aku yang berbunyi :

' kakak dah nak bersalin. Mak kena rush pergi hospital. Nasi goreng ni tak sempat...

Aku masih bertenang. Buat keje seperti biasa je. Dan tak reply msg mak aku. Sebab aku rasa tang ayat last tu agak tergantung. Aku tak faham.

Petang tu balik keje, terus pergi hospital. Jumpa lah mak ngan ayah aku kat waiting room. Mak aku agak panic cakap kakak aku dah kat dalam labor room. Ayah aku? relax je, siap boleh tubuhkan club berborak lagi kat situ, ahli2 dia semua makcik2 yang tgh tunggu anak bersalin. Satu bilik tu dgr persidangan club kepoh tu. Aih, kecoh betol. Aku? steady tepi ayah aku, sambil belasah kek coklat. SUMPAH! aku tak join club tu ok.

Tiba-tiba....

Sayup-sayup kedengaran suara halus, bukan makhluk halus :

' Haslinda Adila, nama kakak aku tu. ' Baby Haslinda Adila'

Dengan pantasnya ktorg bergegas masuk ke dalam. Seorang baby perempuan berbalut dgn kain kaler hijau seberat 4kg berkelip2 didepan aku. WAH!!! Akhirnya keluar juga budak nih. Agaknya dah penat berenang  kuak lentang dalam perut mama dia. JAP! asal ramai sgt nih?? ok. semua ahli2 club ayah aku join sekali nak tgk baby. Sesak bilik. 

Ayah aku dengan berhemahnya meng 'iqamat'kan baby kakak aku. Muka tak nerd langsung ayah tok. Hahaha. Setelah aku bagi semua kelengkapan baby, nurse bawak dia masuk balik. Abang ipar aku odw balik dari KL. Dia sampai setengah jam selepas kelahiran anak pertama dia. Perasaan excited setelah bergelar papa berkata :

'Manda tangkap gambar baby tak?' 

'Ada. Dalam handset, ayah tgh nak bluetooth.'

Selepas kelahiran MYA ZARA AMILY MOHD NURUL AZMI pada 31 may 2011. Semua wallpaper handset manusia kat dalam rumah aku bertukar. Gambar Mya.  Semua rasa macam diri masing2 cute lah kot, letak gambar baby, termasuk AYAH aku. 

hehehe. 
abis dah cerita.
END.

p/s : Ohw! lupe.. pasal nasi goreng tu.. Sampai rumah malam tu. Keadaan bawang merah, bawang puteh, sayur sawi, kubis, carrot, telor seakan2 bersorak kegirangan kat dapur. Jangka hayat hidup mereka tak habis lagi. Mak aku tak sempat nak masak nasi goreng pagi tadi.

1 comment: